Tuesday, May 10, 2016

Diari Hati

Seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah swt beri. Alhamdulillah Terima Kasih Allah.....

Dari keluarga yang kurang mempraktikkan perihal agama yakni Islam. Tidak menitik beratkan solat dan segala tuntutan Islam. Namun masih bersyukur kerna masih punya keluarga yakni kedua ibubapa dan adik beradik yang hidup bersederhana tidak kaya dan tidak juga miskin.

Semakin meningkat remaja dan dewasa jiwa mulai memberontak dengan alam hidup yang baru kerna berlakunya peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan kemudian ke zaman dewasa.Keseronokan dan keceriaan zaman kanak-kanak begitu juga zaman remaja. Namun terdapat perbezaan antara kanak-kanak dan juga remaja. Bezanya, zaman kanak-kanak tiada keterhadan keseronokannya kerana otak kanak-kanak masih belum mampu menzahirkan namun zaman remaja tetap dilimpahi keseronokan namun dikawal minda yang masih mentah dengan fana duniawi.

Apabila minda remaja berfungsi mentah, pelbagai ketidakpuasanhati tidak dapat dikawal. Hati mula menyalahkan orang tua.

No comments:

Post a Comment