Wednesday, October 9, 2013

Adat Dunia , Nak Wat Camne Kan....

Kalau kita selalu susah memang ramai yang tidak berani nak datang dekat dengan kita. Tapi bukan semua orang suka nak hidup susah. Nak tak nak kita kena redha dengan takdir Allah swt. Sekarang kita hanya perlu diam kan diri mengikut jalan yang telah ditentukan Allah swt.

Tak kisah lah kalau kawan-kawan semua lari takut nak dekat dengan kita. Mungkin pada mereka kita hanya akan menyusahkan mereka. Asyik mendengar keluhan hati yang sama dari kita. Asyik meratap masalah yang sama. Mereka semua jemu nak dengar. Tapi adakah Allah swt juga jemu untuk mendengar ??? 

Adat lah dunia, yang berpangkat berdarjat hanya sesuai bergaul sesama mereka kerana hanya mereka yang tahu dunia mereka, begitu juga yang sederhana bergaul dengan sederhana dan yang susah dengan yang susah. Kata orang putih "double standard" la ye kot.

Kadang-kadang mungkin juga sebab perangai kita yang membuatkan kawan-kawan tak suka nak dekat dengan kita. Tapi perlukah kita berubah semata-mata untuk menagih simpati kawan untuk bersama kita ??? Bukan kah itu boleh kita katakan "pura-pura", kerana itu adalah bukan sebenar diri kita.

Adat dunia sekarang kalau kita berharta, ada rupa, bijak, berpangkat, ada darjat sudah pasti kita akan disanjung dan akan ramai lah orang suka nak berkawan dan dekat dengan kita. Tapi kalau kita susah tak berharta pastu rupa pun ala-ala kadar, sebelah mata pun orang tak pandang. Tapi adakah ini yang kita pinta ???

Tapi, tak kisah lah kalau tiada siapa pun yang sudi nak dekat dengan kita, yang pasti kita kena berusaha dekatkan diri dengan Allah swt. Lagipun ini mungkin latihan untuk kita bila berada di alam barzakh nanti kot......ngehhhhhh

Wasalam..