Tuesday, June 18, 2013

Selamat Hari Lahir Untuk Saya

Selamat Hari Lahir Untuk Saya !!!

Alhamdulillah , Terima kasih Allah atas segala kurniaan Mu. Aku amat bersyukur dengan usia ku yang genap menjangkau 38 tahun pada hari ini. Pada usia ini aku mempunyai 3 orang anak yang sudah remaja dan juga masih mempunyai Abah dan Mak dalam kehidupan ku. Terima kasih Mak kerana melahirkan aku juga terima kasih Abah atas segala jasa mu.

Semoga Allah s.w.t senantiasa memberi pertunjuk dan hidayah Nya buat ku.
Semoga Allah s.w.t memakburkan segala hajat ku.



Sunday, June 16, 2013

BINGKISAN HATI KU

Jauh di sudut hati, mahu saja aku menangis sekuat hati.
Aku sedang bertarung dengan diri ku sendiri.
Allah swt sahaja yang tahu apa yang terbuku di hati ini.
Aku masih berada di dalam lautan kekurangan.
Maafkan aku kerana kadangkalanya aku khilaf, terlupa ke arah mana yang patut aku tuju.
Sebak hati ini bila terbayang :-
Bilakah waktu terakhir ku ?
Dimanakah tempat terakhir ku ?
Siapakah orang yang terakhir akan berada dengan ku.
Dengan cara apakah aku mengakhiri cerita hidup ku.

Wednesday, June 12, 2013

Ujian Dari Allah

 Ujian Dari Allah

"Ya Allah kenapa engkau timpakan ujian ini terhadapku" aku tidak kuat ya Allah dalam menghadapinya".....Patutkah aku ungkapkan itu ?

Namun sesungguhnya aku amat penat. Tapi akan daya ku , hanya seorang hamba Allah yang sangat kerdil. Hanya mampu mengeluh dan memohon doa pada Tuhan ku yang Esa. Aku gagahi juga dalam kepayahan kehidupan.


ya Rabb,
lapangkan dadaku,
jernihkan fikiranku,
kurniakan hatiku yang sentiasa lembut mengingatiMu,
lisan yang basah berzikir kepadaMu..
mudahkanlah segala urusanku dan muslimin muslimat.

ya Rabb,
Engkaulah sebaik-baik pendengar dan tempat mengadu..

amin ya rabbal alamin...