Tuesday, May 10, 2016

Sons & Daughter of Mine

Eldest son Muhammad Jeffreey, second son Muhammad Jasssreey and beautiful daughter Emy Jessmeey.

Diari Hati

Seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah swt beri. Alhamdulillah Terima Kasih Allah.....

Dari keluarga yang kurang mempraktikkan perihal agama yakni Islam. Tidak menitik beratkan solat dan segala tuntutan Islam. Namun masih bersyukur kerna masih punya keluarga yakni kedua ibubapa dan adik beradik yang hidup bersederhana tidak kaya dan tidak juga miskin.

Semakin meningkat remaja dan dewasa jiwa mulai memberontak dengan alam hidup yang baru kerna berlakunya peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan kemudian ke zaman dewasa.Keseronokan dan keceriaan zaman kanak-kanak begitu juga zaman remaja. Namun terdapat perbezaan antara kanak-kanak dan juga remaja. Bezanya, zaman kanak-kanak tiada keterhadan keseronokannya kerana otak kanak-kanak masih belum mampu menzahirkan namun zaman remaja tetap dilimpahi keseronokan namun dikawal minda yang masih mentah dengan fana duniawi.

Apabila minda remaja berfungsi mentah, pelbagai ketidakpuasanhati tidak dapat dikawal. Hati mula menyalahkan orang tua.

Rasa Demi Rasa, Persoalan Demi Persoalan.....

Bertahun-tahun sudah rasa ini yang ku rasa. Jemu ? Ya, aku JEMU !! Penat ? Ya, aku penat !! Tapi persoalannya sampai bila ?

Allah, tidak kah Engkau mendengar doa ku ? Masih kah Engkau tidak mengampunkan dosa-dosa ku ?? Ahhhh aku buntu... Aku benci dengan diri ku sendiri. 

Di manakah Iman yang umpama datang dan pergi ? Mengapa Iman ku rapuh umpama daun kering ? Bagaimanakah caranya untuk aku terus bersahabat baik dengan Iman ? Aku mahu jadi orang yang beriman , mahu dan terus mahu bersahabat dengan Iman. Tapi mengapa Iman datang dan pergi ? 

Wahai Iman !
Jangan lah engkau pergi dari ku....
Jangan lah engkau membenci ku....

Wahai Iman !
Sayangi lah aku...
Berdamping lah dengan ku....
Bantu lah aku....
Kekal lah bersama ku sehingga ke Syurga Allah swt.